KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, May 21, 2013

BANDAR HO CHI MINH : HARI KEDUA

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari ini adalah hari kedua kami di Ho Chi Minh. Bangun pagi agak lambat sebab semalam ronda night market berdekatan dengan Ben Tahn Market. Pihak hotel ada sediakan sarapan pagi percuma dari pukul 7.00 pagi hingga 10.00 pagi. Bab makan ni risau juga sebab Ho Chi Minh bukan negara Islam.

Kemudian, kami terus berjalan menuju ke Ben Tahn Market. Banyak blog-blog yang saya baca mengenai Ben Tahn Market ini. Memang banyak barang dijual yang boleh buat orang yang datang rambang mata. Harga yang dorang mula-mula letak memang mahal. Kena tawar harga kurang dari separuh. Isteri saya terus jadi pakar tawar menawar harga sampaikan penjual tu merungut dalam bahasa Vietnam.

Kebetulan pula jumpa geng dari Malaysia. Kami mula kenal dengan kakak dan abang ini malam hari pertama di Kedai Hajjah Basiroh. Sembang-sembang je. Rupa-rupanya kakak dan abang ini selalu juga datang Ho Chi Minh untuk membeli belah. Sempoi je dorang. Dorang ada tolong tawarkan harga untuk isteri dan emak saya kain pasang. Memang best dan puas hati bila dapat beli dengan harga murah.

Tugas saya adalah menjaga Mayeesa. Biasalah, kaum ibu shopping, kaum bapa jaga anak la. Hehehe. Banyak juga kami borong. Kain pasang, cenderamata, beg dan baju. Dah boring jalan-jalan dalam Ben Tahn Market, kami keluar untuk cari kedai makan yang halal. Terjumpa kedai makan Haji Abdul Halim. Memang mahal juga. Satu pinggan nasi goreng pun harganya dekat RM14. Memang mahal makanan halal kat sini. Lepas makan, masa nak keluar, hujan lebat pula. Terus cari teksi dan balik ke hotel. Sampai hotel dalam pukul 1 lebih petang waktu Ho Chi Minh. Rasa letih sangat sebab banyak berjalan dan cuaca yang agak panas, kami tertidur sampai pukul 5 lebih petang.

Bangun tidur, terus bersiap dan keluar lagi. Kali ini kami berjalan sampai Plaza Zen. Tempat eksklusif yang saya rasa untuk orang kaya je. Kami patah balik ke Ben Tahn Market dan secara tak sengaja terjumpa Minh Collection. Memang isteri saya tengah cari kedai ini. Masuk dalam kedai, jumpa balik abang dan kakak yang jumpa di Ben Tahn Market tadi. Saya pula sibuk cari Money Changer sebab duit Vietnam Dong saya terhad. Kalau nak pergi kedai makan dan naik teksi, ada Vietnam Dong senang.

Lepas itu, kami terus pergi Night Market yang baru nak dibuka. Sambil tengok-tengok, sambil tu tawar harga terendah. Lama juga kami berada di Night Market sampai dah nak tutup Night Market itu. Memang shopping sakan. Pastu baru teringat kami tak makan malam lagi. Kami ingat nak makan di Restoran Hajjah Basiroh tapi dah tutup. So, ternampak Restoran Halal Saigon. Kami makan nasi goreng je. Harganya pun lebih kurang macam Restoran Haji Abdul Halim. Tapi murah sikit. Lepas makan, terus kami cari teksi dan balik hotel. Tak mampu nak jalan dah. Sakit kaki sangat.

Tapi rasa puas bila dapat beli dengan harga murah lepas tawar harga terendah. Jumpa sepasang suami isteri dengan anak perempuan dari Gelang Patah, Johor. Dia beritahu berjalan ke depan sikit dari Ben Tahn Market ada satu plaza namanya Plaza Taka. Banyak juga baju yang murah-murah. Esok Insya Allah boleh menjelajah kat sana pula.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, May 20, 2013

HARI KEDUA PART 1 : BREAKFAST AT SAIGON

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Bersarapan di Saigon atau Bandar Ho Chi Minh di hari kedua.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

BANDAR HO CHO MINH : HARI PERTAMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Bertolak dari LCCT jam 2.55 petang (19 Mei 2013) dengan menaiki Air Asia dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat jam 3.45 petang membuat hati saya gembira dan gementar. Gembira sebab saya berjaya membawa isteri, Mayeesa, adik lelaki saya dan terutamanya ibu saya melancong ke Ho Chi Minh walaupun dengan bajet yang agak terhad.

Terutama ibu saya yang tak pernah berjalan dan menaiki kapal terbang ke dalam negara mahupun luar negara. Alhamdulillah. Tertunai juga hasrat saya.

Hari pertama kami di Bandar Ho Chi Minh dimulakan dengan mengunjungi Night Market berdekatan dengan Ben tahn Market. Jauh juga kami berjalan sebab saya booking secara online. Biasalah, pertama kali. Kalau ada rezeki lagi, bolehlah datang lagi.

Di Night Market memang buatkan kami rambang mata. Kami pergi pun agak lambat tapi masih lagi meriah. Ramai juga orang Malaysia. Isteri saya cakap dah macam pasar di Jalan Masjid India je.

Akhirnya, dalam rambang mata pun, kami shopping keychain dan fridge magnet. Isteri dan emak saya borong kain telekung. Lagipun isteri tengah survey harga dapat baju cotton untuk berniaga. Kalau korang berminat, nanti saya bagi link ke kedai online Facebook isteri saya. Mungkin korang nak cari baju raya kan? Hehehe. Kasi Promosi sikit.

Habis shopping, berjalan balik ke hotel dengan penatnya. Memang letih sebab hotel agak jauh dan penat naik kapal terbang siang tadi.

Sekarang kami tidur dan esoknya insya Allah kami akan sambung esok pula. Esok pagi kami plan nak ronda Ben Than Market pula. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka