KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, November 30, 2010

STOP CHILD ABUSE!!

Dunia sekarang ini dah semakin teruk dan menakutkan.   Ingatkah kita  tentang kes berkenaan Syafia Humaira? Nurin Jazlin Jazimin? K. Haresvarra?  Mereka telah mati didera oleh manusia yang tidak berperikemanusiaan!! Soalannya, apa salah mereka? Mereka cuma kanak-kanak kecil yang perlukan perlindungan bukan deraan.  Manakah perginya sifat kemanusiaan mereka yang mendera kanak-kanak yang tidak berdosa ini?


Hari ini (30hb November 2010), kita dapat lihat di dalam Akhbar Kosmo muka surat 5 yang menyiarkan mengenai "Pengasuh Pendek Akal Ditahan...Wanita tampal pita pelekat pada muka, mulut dan tangan kanak-kanak".  Sekarang kita nak meletakkan anak-anak kita di taska pun kanak-kanak itu tak selamat.


Kes buang bayi.  Ingat lagi tentang kes sebegini yang semakin banyak berlaku dan dipaparkan di dada akhbar negara ini?  Bayi tersebut langsung tidak berdosa.  Walaupun kita tidak kesiankan diri kita, kita kesiankanlah bayi tersebut.  Belum sempat buka mata tengok dunia, dibuang ke dalam tong sampah, longkang dan sebagainya.  Persoalannya...Apa salah bayi tersebut? Siapa sebenarnya yang bersalah?


Penderaan kanak-kanak ini telah mencapai ke tahap yang amat serius.  Kita haruslah buka mata kita dan berganding bahu untuk menghentikan penderaan kanak-kanak ini.


Oleh itu, pihak unicef telah mengadakan satu kempen untuk menghentikan penderaan kanak-kanak yang semakin teruk di negara kita dan di dunia.
unicef


Cuba bayangkan perkara penderaan ini berlaku kepada anak-anak kita. Apa perasaan kita?. Oleh itu, marilah sama-sama kita membantu menghentikan penderaan kanak-kanak ini.


HENTIKAN PENDERAAN KANAK-KANAK!!

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, November 25, 2010

OK KE TAK OK?!!

Salam sejahtera semua.

Saya ok..eh ok kot? tak ok la..tapi rasa ok sebenarnya...
Ok? Apa tu? tak ok tue ape plak? Ok dan tak ok tu bukan perkara yang sama ke?
Tapi sebenarnya saya pun tak tau saya ok ke tak ok..Tapi rasa-rasanya ok kot..Tapi kadang-kadang rasa tak ok plak...
Kalau dalam kiraan purata ke'ok'an, rasanya ok kot.. ntah la..saya pun dah jadi konfius...

Kesimpulannya....korang ok ke tak ok?

-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, November 23, 2010

DEMAM DENGGI!!

Salam sejahtera semua.

Hari ni nak cite tentang demam denggi ni.  Dah makin banyak kes demam denggi kat Malaysia ni.  Tak tau la apa Kementerian Kesihatan akan buat lepas ni.  Actually cite dia macam ni, semalam masa kuar dengan kawan serumah ke Teluk Intan, kawan aku dapat call daripada kawan kami kat Ipoh mengatakan kawan kepada kawan aku dan aku ni anggap semua kawan aku masuk hospital sebab demam denggi (kalau tak faham, baca berulang-berulang kali sampai faham ye?).  Masuk ICU gak la.  Aku terdiam la.  Tak tau nak cakap apa.  Kira kawan aku yang kena demam denggi tu dalam keadaan separuh sedar la.

Di sini aku nak la nasihatkan diri aku dan kawan-kawan kat luar sana, jaga kebersihan dan jangan biar air bertakung.  Sebab sekarang ni musim hujan.  Harap sangat kawan aku ni cepat sembuh.

Marilah kita sama-sama doakan kesihatan kawan aku tu ye?

Terima kasih.

-nasz-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, November 22, 2010

KENARIKU EKSIDEN!!!

Salam sejahtera semua...

Aku sedih sangat. (tengah sedih nie...kot?).  Bumper depan dengan signal kecik kiri kanan kanan kat depan kenari kesayangan aku pecah.  Bumper kereta sape ntah jatuh atas tengah jalan tengah malam Rabu (Hari raya haji hari tue la).  Dah la tengah hujan, aku pun drive kenariku mengikut kelajuan yang ditetapkan bila drive dalam hujan (faham2 je...ikut kitab aku la..haha).  Tiba-tiba muncul sebuah bumper belakang kereta si bongok mana ntah kat tengah jalan.  Nak mengelak, confirm aku terbabas sebab jalan licin.  Nak tak nak aku redah je la.  Habis bumper depan aku retak skit (skit pun duit woo..).  Nasib baik tak pancit je tayar aku...

Nak kena buat belanjawan baru la nampaknya untuk overhaul enjin dengan barang-barang kenari aku.  Nak buat macam mana? Dah sayang..Hehe..

Kesian aku.  Sebarang bantuan atau derma bolehlah dihantar seperti alamat yang tertera di mana-mana saja. Hehehe...

Itu je...

Adios..
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, November 21, 2010

Estranged - Yang Pernah



Salam semua..

Lagu nie kalau aku pegi karaoke, lagu wajib nyanyi. Aku memang minat gila lagu nie. Mungkin sebab muzik or mungkin aku bleh menjerit sekuat hati aku. Haha..

Korang suka lagu ni tak? Reply kat komen ek?

Adioz.
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, November 16, 2010

PAIN AND SORROW!!

For the first time in a long long time I feel this feeling...
Feeling that I don't want to feel anymore...
Feeling mixure of pain, revenge, hate, dying and so on...
Why she do this to me?...
Why?...
I know who I am..
Just a man that love her with all my heart..
But...
Snap..Just like that she crash it...
Crash my heart...
I believe in her...
I believe in our love...
But she already go to 'her'...
Maybe 'she' can give her what she call TRUE LOVE...
I still here...
Still try to get up from all this pain and sorrow...
Pretending that I am ok...
For now...
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, November 11, 2010

VIDEO - Kerana Ego Saya Menyesal



Salam 1 Malaysia semua rakan-rakan.

Video ni terjumpa kat facebook. Saya harap sangat dia bahagia dengan adik angkat dia.  Saya dah buat segalanya untuk tunjukkan betapa saya sayangkan dia.  Tapi dia tetap butakan hati dia.

Sila la tengok.  Anything boleh drop comment kat bawah.

Terima kasih.
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, November 6, 2010

KENAPA SAYA SUKA SANGAT PIZZA HUT 6 CHEESE EXTREME PIZZA?

Salam sejahtera semua.

Hari ni saya nak cite kenapa saya suka sangat makan pizza terutama 6 Cheese Extreme Pizza.  Jawapannya simple je.  SAYA SUKA TELAN CHEESE. Sebab tu la sekarang ni dah  makin berisi... Berat badan makan naik... Perut makin boyot... Hehehe...

Last week bila ntah saya tertengok kat kaca tv tentang pizza terbaru pizza hut... 6 CHEESE EXTREME PIZZA... Dalam 6 Cheese Extreme Pizza ni ada 6 jenis cheese.  Saya 1 jenis cheese dah seronok gila makan... Ini 6 JENIS CHEESE IAITU PARMESAN, MOZZARELLA, ROMANO, CHEDDAR, PROVOLONE DAN MONTEREY JACK....WOW (Tiru cite P. Ramlee - Tiga Abdul..hehe..)...

Pagi kelmarin saya pun tidak dapat menahan keinginan untuk merasai keenakan Pizza Hut 6 Cheese Extreme Pizza, saya pun ajak ibu dan adik-adik saya pergi ke Pizza Hut Parit Buntar.  Rumah saya di kampung terletak di Sungai Bakap,Penang, jadi, Restoran Pizza Hut yang terdekat adalah di Parit Buntar, Perak.  Sanggup meredah jalan raya yang agak sesak untuk menikmati 6 Cheese Extreme pizza...Memang penggila extreme cheese..hehe..

Saya letakkan gambar Restoran Pizza Hut Parit Buntar, Perak tu kat bawah ni:



Saya parking kereta kenari kesayangan saya dan terus ke masuk ke restoran Pizza Hut tu.  Terbayang-bayang cheese-cheese yang bakal masuk ke mulut saya, melalui tekak saya dan terus meluru ke perut saya yang tak lalu makan makanan lain selagi tak dapat menjamah 6 Cheese Extreme Pizza ni.

Staf yang kerja di situ bertanya:

"Makan sini ke bawa balik?"

Saya menjawab dengan pantas dan jitu:

"Makan sini"

Setelah pilih tempat duduk yang best, staf tu pun bagi menu.  Saya tengok menu tu dan terus snap beberapa gambar kat menu tu.  Gambar-gambar tu saya letak kat bawah ni:




Kat atas tu saya ada snap gambar yang tunjuk 6 jenis cheese yang terkandung dalam Pizza Hut 6 Cheese Extreme Pizza iaitu Parmesan, Mozzarella, Romano, Cheddar, Provolone dan Monterey Jack.  Menarik!  Membuatkan saya lagi teringin nak try. Hehe...

Saya pun terus memesan Set Cheese Extreme 2 dengan Cheesy Chicken Topping. Akhirnya dapat gak order. Hehe...

Sementara tunggu order, saya ternampak promosi stand kat meja yang saya dan family saya duduk tu.  Ada tunjuk mengenai Pizza Hut Cheese Extreme Pizza.  Terus saya snap gambar:






Mula-mula soup of the day sampai dulu... Sup Cendawan..Faveret!! Hehe... Selepas itu, Garlic Bread dan Air Pepsi satu jag dengan 4 gelas kaca... Saya tengok-tengok dapur dorang dari jauh.

Dalam hati:

"Bila nak sampai ni? Lambat lagi ke?"

Tak lama kemudian, sampai la Pizza Hut 6 Cheese Extreme Pizza.  Punya la seronok sampai senyum pun tak lepas-lepas dari bibir saya. Hehe..

Saya snap sebelum menjamah pizza tu.  Hehe...Tengoklah...


Punya la seronok... Hehe... Dapat gak makan!! Yeay!!

Saya snap gambar-gambar gelagat family saya makan pizza ni. Hehe..

























Banyak gak gambar saya snap.  Dari mula start menjamah Pizza Hut 6 Cheese Extreme Cheesy Chicken Pizza sampai habis.  Best gak tapi bil dia pun 'best' gak la. Haha.. Anyway, tak rasa menyesal sangat sebab memang best pun pizza ni.  Kawan-kawan kat luar tu try la.  Best tau.

Yang pasti, akhir sekali saya diwajibkan menyorak:

"I'M CRAZY ABOUT CHEEEEEEEEEEEEEEEEEESE!"

Hehe...

Adios.

Wassalam.
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, November 3, 2010

KEPENTINGAN KESEDARAN KESELAMATAN DI JALAN RAYA!!!

Salam sejahtera semua.

Sekarang nie hampir tiap hari update blog.  hehe.  Biasa la tengah rajin sekarang.

Nak cite ape plak ari nie ye?  ha..dah dapat idea. Last few week, saya pergi Maybank di Hutan Melintang untuk masuk wang kutipan jabatan.  So, saya drive kenari kesayangan saya...hehe...ke sana.  Jaraknya lebih kurang 30 km la.  Jauh kan?  Hehe.  Tapi saya da biasa.  Lagipun pakai kenari nie save minyak skit.  Masa drive tue, budak sekolah baru je habis.  So, berpusu-pusu la dorang nak balik rumah.  Ternampak la saya beberapa budak sekolah yang tengah menunggang motor.  Dah la tak pakai helmet, bawa motor tengah-tengah jalan plak tue.  Saya confirm dorang mesti takde lesen.  Berita kemalangan yang banyak dalam suratkhabar, tapi langsung tak ada kesedaran.  Saya sempat snap gambar:


Ibu bapa dorang macam tak kisah pun.  Kalau dah kemalangan dan masuk suratkhabar baru nak mengelabah.  Keluar statement ini la, itu la.  Bukan hari tue saja, banyak kali aku tengok. 





Ada gambar-gambar yang hari-hari lain aku tangkap.  Harap perkara nie dapat diambil perhatian sebab ia melibatkan nyawa.  Lagipun, aku dengar radio Era FM kata statistik kemalangan kat Malaysia sangat tinggi.  So, kita kena ambil berat tentang perkara-perkara macam nie.



Rakyat Malaysia nie masih kurang kesedaran mengenai keselamatan di jalan raya.  Saya harap dorang akan sedar dan saya berdoa sangat-sangat supaya tiada lagi kemalangan yang meragut nyawa orang lagi.  Saya tak tahu sama ada saya boleh lalui perasaan kehilangan orang tersayang sampai akhir hayat.

Sesiapa rakan-rakan ada comment, boleh la drop kat bahagian comment ye?  Terima kasih kerana sudi membaca.  Saya nak minta maaf kalau ada yang terasa.  Ini cuma pendapat saya. Itu saja.

Adioz.

Wassalam.
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, November 2, 2010

PAGI DI PEKAN BAGAN DATOH...

Salam sejahtera semua.

Nak kongsi skit keadaan pagi di pekan bagan datoh. hehe. Baru lepas hujan.  Aku dengan staf-staf aku tengah minum pagi kat gerai mamak yang memang ada satu-satunya kat bagan datoh nie.  Sambil makan roti canai.  Faveret!


Pekan bagan datoh nie belum lagi maju.  Bangunan still lama-lama lagi.  But aku suka kat sini sebab tak sibuk sangat.  Tapi banyak lak lori kuar masuk sebab kat sini memang banyak ladang-ladang dan estet-estet.  Huhu... So, memang banyak la lori kuar masuk (Aku dah sebut tadi ke?..hehe).

Tergerak nak amik gambar.  Hehe.  Biasalah.  Handphone aku berkapasiti 8.1 megapixel.  Kalau tak guna, rugilah.  Beli pun hutang.  huhu... Sayang gila handphone.


Hope masa akan datang pekan nie akan maju.  Mungkin masa tue aku dah tua or dah pun mati.  Tempat pertama diposting untuk kerja government.  Cuma bagi orang yang dah biasa dengan pelbagai hiburan, tempat nie tak sesuai.  Tapi bagi yang suka suasana senyap macam aku, tempat macam nie memang sesuai.


Kesimpulannya, walaupun pekan bagan datoh nie kecil saja, tapi sesuai untuk orang yang suka kesenyapan macam aku. Hehe.

Takat nie saja kali nie.  Jumpa next time.  Kalau rajin, bleh la drop comment.  Your comment very valuable.  Skeping plak. hehe.

Adioz.

Wassalam.
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, November 1, 2010

BERSANTAI DI JETI BAGAN DATOH...

Salam sejahtera semua kawan-kawan masih sudi meng'visit' blog saya yang tidak seberapa nie.

Kali nie nak cite tentang saya bersantai di jeti bagan datoh pada hari ahad lepas.  Jangan bimbang, gambar saya akan kongsi sama-sama kat sini.

Petang tue, saya dan rakan serumah saya terasa lapar.  Hehe.  Malas nak masak, kami kuar makan.  Destinasi di kedai makan berdekatan dengan jeti bagan datoh.  Boleh santai-santai skit.

Duduk je kat meja yang terdekat dengan jeti tue, saya pun meng'order' nasi goreng pattaya dengan nescafe ais. Gambar seperti di bawah:



Nampak sedap kan?  Boleh tahan la sebab masa tue pun saya tengah lapar.  Hehe.

Sambil makan tue, ada la kucing sedang mengiau-ngiau nak sikit.  Ada gak kucing tido buat tak tau je.



 Hehe... Comey kan?

Lepas makan, aku dan kawan-kawan jalan jap kat atas jeti tue. Sambil tue aku kuarkan handphone aku. Amik gambar skit2. Hehe..



















Dekat 8 bulan keje kat Bagan Datoh, ini kali pertama aku berjalan atas jeti Bagan Datoh nie. Hehe. Malas nak kuar umah sewa.  Tempat nie selalunya jadi pilihan orang yang memang gila memancing.  Kawan saya penah dapat tangkap seekor udang galah. Besar gak la.

Takat je kali nie.  lain kali sambung lagi.

Adios.

Wassalam.
Sila Tekan Like Jika Suka