KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Saturday, July 30, 2011

DAGING KAMBING BARBEKU + BUAH DURIAN + BUAH RAMBUTAN = KORANG RASA?

MENARIK:


Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Baru lepas menjamah buah durian ni. Hehe... Terus selsema. Masa makan buah durian tadi, teringat aktiviti makan malam malam terakhir Program Bina Negara di Kem Intan Suraya hari tu. Malam last tu dorang bagi makan nasi minyak dengan macam-macam lauk. Menu special malam tu Barbeku Daging Kambing.

Saya ni saja nak try barbeku daging kambing sebab saya tak pernah try. Banyak gak saya ambil. Hehe... Itulah, orang tamak selalu rugi. Malam tu badan saya dah mula suam-suam dan sakit-sakit badan. Padan muka saya kan? Haha...

Pastu, ada solat Maghrib dan Isyak. Habis je solat Isyak, orang yang incharge beritahu Pengarah belanja Buah Durian dan Rambutan. Terkejut saya. Terfikir la kalau badan saya yang tengah suam-suam ni makan durian lagi campur rambutan, confirm demam panas macam dalam Oven tengah panaskan nasi goreng kampung plus batuk-batuk. So, dengan berat hati saya memandang buah tu dari jauh. Kalau badan saya tak suam-suam, confirm saya antara terpantas menyambar durian tu. Hehe..

Korang rasa gabungan menu kat tajuk tu kalau jadi korang, apa korang rasa akan jadi?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

"EXCITED"

MENARIK:



Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sekarang saya ada di Kem PLKN Syruz. Hari ini hari last pelatih PLKN dan dorang dah boleh balik ke rumah masing-masing. Ada yang nampak excited nak balik. Ada yang sedih. Tapi kebanyakkannya excited la.

Saya datang ambil adik lelaki saya. Pasni, zaman sambung belajar plak bagi dia. Hahaha... Saya pernah masuk Kem Tentera dan baru-baru ni kena Program BTN. Berakit di Sungai Perak. Kat kem tentera, saya dah rasa macam-macam. Nanti la saya cerita.

Nak balik dah ni. Korang mesti tak bangun tidur lagi ni. Isk... Isk...

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

"WAH... BESARNYA RODA TU"

MENARIK:


Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam masa drive balik rumah lepas pergi Batu Feringghi, ternampak ada Funfair dekat Bukit Tambun, Penang. Betul-betul mengadap tempat saya keluar tol. Nak snap pic tapi tak boleh sebab ada kat kereta belakang.

Teringat masa saya kecil. Saya ni memang gayat sikit. Masa tu, famili saya pergi satu Funfair kat depan flat kami di Dato Keramat, Kuala Lumpur. Masa masuk tu saya ternampak satu roda yang sangat besar. Saya teruja tapi takut nak naik. Tapi ayah saya bawa naik gak. Saya duduk senyap je. Kaku.

Masa roda tu bawa saya naik, saya tak berani bergerak. Tak berani nak tengok bawah. Keras je. Parent saya senyum je masa tu. Memang kecil lagi masa tu. Rasanya saya baru masuk tadika.

Mula-mula memang saya takut. Lama-lama rasa seronok plak. Boleh tukar-tukar tempat duduk. Haha... Memori ni saya tiba-tiba teringat. Walaupun saya kecil masa tu, sesetengah perkara saya dapat ingat dengan jelas. Korang suka pergi Funfair tak?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, July 29, 2011

AKTIVITI RUTIN...

MENARIK:


Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pasar Batu Feringghi. Dah menjadi rutin saya kalau balik Penang, mesti turun Batu Feringghi. Cari DVD bersiri yang memang saya suka sangat.

Tengah belek-belek tadi, terjumpa Movie Bersiri Supernatural Season 6. Saya dah tengok sampai Season 5 dan ingat Season 5 kira last. Tapi terjumpa Season 6 plak. Terkinja-kinja keseronokan dalam hati je. Kalau secara fizikal, dorang ingat gila plak saya ni. Hehe... So, dengan sepantas kilat terus ambil pegang takut orang lain ambil.

Pastu tengah belek-belek lagi terjumpa Movie Bersiri Vampires Diary Season 2. Season 1 dah tengok habis dah. Rasa rugi lak tak beli. So, movie bersiri ni pun saya pegang gak. Hehe... Selesai.

Saya sebenarnya nak cari movie bersiri lain tapi takde plak. Movie bersiri Korea pun macam tak menarik je. Lain kali la cari movie bersiri Korea. Hehe...

Saya ni gila tengok Movie Bersiri. Gila kan? Korang rasa boleh gila macam saya tak? Haha...

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

SESAK LA PLAK...

MENARIK:



Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sori sebab saya cuma sempat update satu entry je hari ni. Sebenarnya banyak idea nak tulis tapi tal berkesempatan. Bila masuk bulan puasa ni, teringat banyak kenangan yang menggelikan hati saya. Nanti saya share k?

Sekarag on the way nak balik penang. Sesak plak. Tak tau nape? Anyway, korang yang tengah memandu, Drive Carefully.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

PETROL? DIESEL?! ALAMAK...

MENARIK:

GET FUEL EFFICIENT WITH THE NEW PROTON SAGA FLX!


Credit Google


Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dah dekat bulan Ramadhan ni, teringat kisah-kisah lucu saya masa ikut bapa saudara saya pergi berniaga masa kecil dulu. Kisah ini menyebabkan bapa saudara saya rugi banyak gila. Rasa bersalah gila masa tu. Hahaha... Saya ni kira agak lambat sikit tentang minyak petrol dan diesel. Sebenarnya saya tak tau apa bezanya. Saya ingat sama je.

Kisah ini berlaku masa bapa saudara saya berhenti di Stesen Minyak Shell dekat Taman Pelangi, Juru, Pulau Pinang untuk isi minyak. Bapa saudara saya drive lori pick up kecil. Berhenti je lori, bapa saudara saya bagi arahan:

"Nanti Pak Tam bagi isyarat, hang isi minyak tau?"

"Ok Pak Tam"

Bapa saudara saya pun terus jalan ke kaunter nak bayar. Saya dengan pantasnya buka penutup tangki lori. Seketika kemudian, bapa saudara saya bagi isyarat pada saya dan saya pun capai nozel untuk isi minyak. Lepas selesai isi minyak, saya letak balik nozel kat tempatnya. Bapa saudara saya datang suruh saya naik.

"Eh..Nape banyak sangat minyak ni? Tadi Pak Tam bayar RM30 je"

Saya diam je. Sebab tak faham masa tu. Bapa saudara saya terus start enjin nak pegi berniaga di Taman Pelangi tapi tiba-tiba enjin berhenti. Start banyak kali pun tak boleh. Bapa saudara saya dah bengang sebab dia ingat lori dia yang rosak. Pastu, dia suruh saya tunggu di lori dan dia g cari mekanik. Mekanik datang dan check tangki minyak. Dia cakap:

"Aiya... U sudah isi minyak diesel ma.."

Bapa saudara saya terkejut dan tanya saya.

"Tadi hang ambik pemegang warna apa?"

"Hitam"

"La.. Awat hang ambik yang tu? Itu minyak diesel"

"Minyak pun ada beza ke Pak Tam?"

Memang  saya tak tau minyak ni ada bezanya masa tu. Hahaha... Teruk juga la bapa saudara kena repair lori dia. Kena buang minyak diesel dalam tangki dan keringkan tangki. Lepas tu, kena biar enjin tak berhenti sebab takut tak boleh start. Kami sempat sampai kat Taman Pelangi pukul 6.50 lebih je. Dapat jual sikit je kuih. Lebih kuih banyak gila.

Lepas tu, bapa saudara saya tak bagi saya isi minyak lori dia. Haha.. Teruk betul saya ni.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, July 28, 2011

SESAK GILA...

MENARIK:

GET FUEL EFFICIENT WITH THE NEW PROTON SAGA FLX!



Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Rasa lapar la plak. Ingat nak makan nasi kat Restoran Nasi Kandar tapi terkejut hampir semua Restoran Nasi Kandar penuh. Terkejut plak bila tengok Restoran KFC dan McDonald lengang.

Memang dasat penangan bola sepak ni. Kayalah Tauke Restoran Nasi Kandar malam ni. Itupun kalau dorang ada beli air. Kalau duduk je untuk tengok bola, rugilah. Hahaha... Tauke Restoran Nasi Kandar kena buat syarat tetap la. Kalau nak tengom bola, kena beli sekurang-kurangnya air kosong. Haha...

Jangan marah ek? Gurau-gurau je. Saya tau memang best tengok bola kat Restoran Nasi Kandar ramai-ramai. Tapi saya kurang skit benda-benda camni. Kena la cari kedai lain.

Saya pun harapkan Harimau Malaya dapat tundukkan Singapura.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

KISAH BENAR SAYA : MINUM MINYAK TANAH...

MENARIK:

GET FUEL EFFICIENT WITH THE NEW PROTON SAGA FLX!



Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semua orang tengah busy sembang tentang Perlawanan Bola Sepak antara Harimau Malaya dengan Singa. Mesti peminat bola sepak akan turun ramai-ramai ke Stadium Bukit Jalil untuk menyorak Pasukan kita. Saya tak turun sana. Takde bajet dan jauh sangat. Lagipun mesti traffic sesak.

Ini memang kisah benar. Masa kisah berlaku adalah semasa saya kecil dulu di Flat Dato Keramat Kuala Lumpur. Saya lahir di Hospital Kuala Lumpur. So, pernah tinggal di Kuala Lumpur jap.

Masa tu saya balik lepas main apa ntah, saya tak ingat. Saya masa tu masuk je rumah dan terus dapur. Haus betul masa tu. Saya ternampak satu botol putih atas dapur. Tanpa fikir panjang terus saya capai dan teguk.

Dah dekat setengah botol saya teguk, emak saya masuk ke dapur. Nampak je saya tengah menonggang botol putih tu dengan rakusnya, emak terus menjerit jangan minum. Itu bukan air, itu minyak tanah. Saya stop minum dan emak saya terus angkat saya. Dia pegang saya ke atas dan kepala saya ke bawah minta saya muntahkan. Terasa lawak lak bila teringat masa tu. Cuma lepas emak saya angkat kepala saya ke bawah tu, saya dah tak ingat apa-apa. Saya langsung apa jadi leas tu sama ada saya kena masuk hospital ke tak. Malas nak tanya emak saya.

Orang ada tanya apa rasa minyak tanah tu. Saya cakap rasa biasa je. Yelah. Masa tu kan saya tengah haus gila. Hehe... Mungkin sebab saya macam tak betul sikit. Hahaha... Korang ada pengalaman macam saya tak? Hehehe...

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

SEGMEN BOMBAY : "BOMBAY NAK TAW SUKAN KEGEMARAN AKU.."

MENARIK:

GET FUEL EFFICIENT WITH THE NEW PROTON SAGA FLX!



Nak join? Klik SINI

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Gila eh? Dah dua segmen berturut-turut saya join hari ini. Hahaha... Biarlah. Camne saya boleh tau tentang segmen Bombay ni? Tadi blogwalking blog Abby tadi terus ternampak segmen ni. Macam menarik je. So, saya ambil keputusan untuk join.

BOLA SEPAK
Sukan ni saya main masa sekolah rendah je. Suka main dengan kawan-kawan dalam hujan. Hehe.. Sebab ada air. Biasanya saya kena jadi Gol Keeper la. Tak tau nape? Mungkin saya tendang orang daripada tendang bola kot? Haha.. Lepas sekolah rendah, saya jarang main dah.

BADMINTON
Saya main badminton ni dengan kawan baik saya dulu. Masa sekolah rendah gak. Main kat belakang kedai orang. Haha.. Bukan kat badminton court. Pernah gak main masa sekolah menengah tapi selalu tak kena. Libas je kuat. Hahaha..

BASKETBALL/BOLA KERANJANG
Saya main masa saya Form 6. Saya ni memang sangat sesuai main bola keranjang ni sebab saya memang tinggi. Kawan saya yang asal dari Sabah nak ajak saya main. Mula-mula main terus seronok. Pastu, wakil rumah merah dan akhirnya menang Naib Juara untuk hari sukan sekolah saya. Kalah dengan kawan sabah saya gak. Haha.. Mana boleh anak murid lebih tok guru kan?

SOFBOL
Tak tau ejaan betul tak. Join sebab saja nak try. Last-last, masa Form 6 gak, saya dilantik jadi Penolong Jurulatih. Rasa lawak plak. Hahaha.. Tapi, best gak sebab boleh lari-lari dan tangkap bola.

Setakat ini, itu je yang saya ingat. Sekarang ni saya jarang bersukan. Raket badminton dalam kereta saya dah beli lebih 6 bulan tapi still tak guna lagi. Dasat kan? Hahaha... Suka tidur je sekarang. Bela perut.

Jom la join ramai-ramai. Best tau segmen ni.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

SEGMEN ABANG BEN : "BEN ASHAARI CARI BLOG ... CEPAT!"

MENARIK:

GET FUEL EFFICIENT WITH THE NEW PROTON SAGA FLX!



Nak join, klik SINI

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Join lagi segmen abang ben. Abang ben tengah cari blog ni. Cepat-cepat-cepat. Siapa cepat dia dapat. Kejap ada, kejap tak ada. Iklan Biskut Chipsmore plak.

Saya suka makan Tomyam campur. Sedap tau? Ada sesiapa suka tomyam campur tak? Dia geng saya la.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

RAMADHAN DATANG LAGI...

MENARIK:

GET FUEL EFFICIENT WITH THE NEW PROTON SAGA FLX!


Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Bulan Ramadhan atau bulan puasa datang lagi. Lepas puasa, raya. Hehe.. Biasalah. Ingat raya je. Puasa tak plak. Bila Bulan Ramadhan ni datang, akan muncullah pelbagai jenis juadah berbuka puasa. Saya rasa semua tempat pun akan berlaku perkara yang sama. Masa ini, Bazaar Ramadhan akan penuh dengan orang yang nak membeli juadah berbuka puasa idaman kalbu masing-masing.

Saya pernah bekerja dengan bapa saudara saya. Saya tolong dia berniaga kuih muih di pasar ramadhan Taman Pelangi, Juru, Pulau Pinang. Masa kecil lagi. Rasanya baru Darjah 6. Saja nak cari duit poket. So, kerja saya adalah menghalau lalat dan memberi beg plastik pada orang yang datang beli. Bab kira duit, saya serahkan kepada Bapa Saudara saya je la. Saya panggil dia Pak Tam sebab dia adik kepada emak saya.

Memang best berniaga di situ. Macam-macam jenis orang saya tengok. Tapi lagi best masa berbuka nanti. Kuih muih yang kami jual memang selalunya habis. Kalau tak pun, tinggal skit dan kami sedekah pada peniaga di sebelah. Pastu, peniaga sebelah akan bagi apa yang dia jual. Macam-macam saya makan untuk berbuka puasa saya. 

Gaji saya masa tu? Saya pun dah tak ingat tapi best. Sebab dapat pengalaman baru. Cuma masa tu penat sangat sebab budak-budak la kan? Korang ada pengalaman tak berniaga kat Pasar Ramadhan?

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, July 27, 2011

"KENAPA?!"

MENARIK:

GET FUEL EFFICIENT WITH THE NEW PROTON SAGA FLX!




Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Soalan ni selalu bermain-main di benak saya. Kenapa? Kenapa? Kenapa perlu dorang yang terlibat suka bantutkan hasrat saya untuk berblogwalking? Apa salah saya? Nak nangis dah ni. Tapi tergelak la plak. Hahaha...

Ini antara sebab-sebab dorang buat macam pic kat atas yang saya boleh fikir. Mungkin sebab blog dorang tu banyak gambar-gambar censored dan untuk tontonan orang dewasa saja. Tapi saya tengok biasa je. Mungkin sebab saya berumur dewasa kot?

Mungkin sebab dorang blogger baru dan saja nak testing setting ni. Nak tengok banyak mana blogger tak pergi blog dorang dah. Bukan rugi ke macam tu? Hehehe...

Mungkin dorang sengaja nak buat kejutan sebab kejutan ni boleh buat orang datang ke blog dorang. Tapi sekali je kan? Nak buat kejutan pun mesti ada caranya. Kan?

Antara yang saya rasa sangat susah bila ada setting yang sangat advance ini ialah bila saya tengah blogwalking guna handphone dan wifi tempat tu lembab macam siput sedut, masa tu nak tunggu loading page setting ni pun dah memakan masa. So, dengan selambanya saya terus pangkah dan blogwalking ke blog lain.

Saya rasa bengang bila lepas je setting tu, tak ada pun untuk tontonan dewasa. Masa tu terfikir, kenapa dorang letak setting tu? Seronok ek letak setting tu? Nampak profesional kot?

Ini cuma luahan pendapat saya. Bukan nak menghentam tapi memberitahu saja. Nak nasihat, saya memang tak layak sebab diri sendiri pun tak ternasihat lagi.

Ada yang tak puas hati? Sila serang saya.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

SAYA DAPAT ONE MILLION POUNDS STERLING!!!

MENARIK:

GET FUEL EFFICIENT WITH THE NEW PROTON SAGA FLX!




Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi buka gmail saya dah ternampak satu email kat pic atas. "WINNER OF OF ONE MILLION POUNDS STERLING IN THE BTP". Bila buka je email dia, dia cuma minta NAME, ADDRESS DAN TEL je. La... Camtu je?

Takkan senang-senang boleh dapat One Million Pounds Sterling? Kalau ditukarkan dengan Ringgit Malaysia, mahu berpinar gak la mata saya kegembiraan. Haha.. Email macam ni memang selalu saya dapat.

Dulu email macam ni akan disertakan dengan kononnya bukti-bukti dan kata-kata aluan. Sekarang ni senang je. Hantar tajuk email dan dalamnya cuma ada 3 perkara je yang diperlukan. Haha... Memang simple sesimplenya.

Saya pernah layan email macam ni. Masa tu remaja lagi. Sekarang ni belia. Hehehe... Saya pun balas email dorang dan dorang pun balas email saya. Minta saya bayar entah berapa ribu entah. So, saya terus ignore je. Kalau nak bagi, bagi je la. Buat apa nak minta duit lagi. Tak pun tolak je kat duit yang dorang nak bagi tu.

Korang mesti pernah dapat email macam ni kan?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA"

MENARIK:

GET FUEL EFFICIENT WITH THE NEW PROTON SAGA FLX!


Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya. Cuma lambat atau cepat kita sedar je. Kan? Bila sesuatu yang buruk berlaku pada kita, mula-mula kita akan rasa sedih dan frust sangat-sangat. Kita mula rasa hilang keyakinan diri dan rasa nak mati je. Hahaha... Luahan daripada pengalaman sendiri.

Tapi bila masa berlalu, kita tanpa disedari akan pulih daripada perkara itu. Cuma mungkin setiap orang ambil masa yang berbeza je. Lambat atau cepat. Ada yang cepat dan ada yang ambil masa bertahun-tahun. Ada gak yang tak pulih terus.

Tapi kita kena percaya apa yang berlaku pada kita ada hikmahnya. Mungkin nak mengajar kita tentang sesuatu. Mungkin ada yang lebih baik untuk kita ataupun kita dah ditakdirkan untuk sesuatu lain. Yang penting, kita sedar setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Saya pun ada gak terbabas tentang hal ni. Hehehe... Just pengkongsian dengan rakan-rakan blogger semua. Kalau ada pendapat lain atau nak tambah apa, kongsilah.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

SEMUA ORANG PAKAI TOPENG...

MENARIK:

GET FUEL EFFICIENT WITH THE NEW PROTON SAGA FLX!



Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Nak cerita skit pendapat saya. Pada pendapat saya, semua orang pakai topeng. Sifat sebenar kita, kita tak tunjukkan kecuali dalam keadaan tertentu. Antaranya, masa kita marah, kita susah nak kawal dan kita biasanya akan luahkan segala ketidakpuasan hati kita. Kadang-kadang, kaki dan tangan pun berterbangan di udara.

Masa kita mengantuk, kita tak mampu nak buat muka baik dan akhirnya muka evil kita pun keluar. Kita tak boleh mengawal emosi kita masa mengantuk sebab otak kita sedang tidur kecuali otak yang sentiasa aktif dan selalu mengigau (saya la tu..kantoi sudah..haha).

Masa kita mabuk (ini untuk orang bukan islam k? Orang Islam tak boleh mabuk), bila kita tengok orang mabuk ni, apa yang dia buat, dia takkan ingat dan setiap perkataan yang disebut adalah keluar dari hati dia sendiri. Masa ni kalau orang tu tak puas hati dan simpan dendam dengan orang lain, on the spot dia terus belasah je. Selepas itu, esoknya, dia tak ingat apa-apa ataupun kabur.

Kita pakai topeng sebab kita nak sembunyikan sifat evil kita. Cuba bayangkan semua orang tak pakai topeng.  Saya tak dapat bayangkan. Sesiapa boleh bayangkan tak? Ce cite pendapat korang.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, July 26, 2011

"BILA MASA SESUAI NAK TULIS DAN POST ENTRY YE?"

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pernah tak korang tertanya bila masa yang sesuai nak tulis dan post entry korang? Rasanya pernah. Yang tak pernah tu, buat-buat pernah je ye? Hehe...


Tulis entry. Nak tulis entry ni bila-bila pun boleh. Kalau korang ada netbook atau laptop atau iphone atau android atau kertas dan pen, korang boleh tulis dah simpan dulu. Selalunya saya nak tulis entry ni, masa saya tengah ada banyak idea mencurah-curah. Kadang-kadang tengah drive idea datang. Masa tu memang frust sebab tak boleh berhenti semata-mata nak tulis entry je. Hehe.. Tapi pernah buat. Kantoi sudah.

Bagi sesetengah orang macam saya, bila duduk depan komputer atau netbook, idea langsung takde nak tulis entry. Tapi yang menyakitkan hati sanubari yang kiut ni, bila saya jauh dari komputer atau netbook, banyak plak idea. Biasanya saya tulis dalam handphone dan post terus je.

Orait. Masa yang sesuai untuk post entry adalah bergantung kepada berapa entry korang tulis sehari. Kalau lebih daripada 10 entry, bila-bila korang rasa nak post pun boleh. Tapi kalau korang bajet 3 je entry setiap hari, korang boleh post waktu pagi, tengah hari dan malam. Itu pendapat saya. Saya plak jenis tak kisah sangat. Post je bila dapat idea dan dah tulis, terus post. Tak kira waktu bila.

Actually, benda ni bergantung pada korang sendiri. Yang penting, korang sentiasa update blog korang supaya pembaca setia tak lari. Saya ada ke pembaca setia? Bajet bagus je. Hahaha...

Korang ada pendapat lain? Jom la kongsi. Jangan la kedekut sangat. Tak baik. Kan? Kan?

Wassalam.

-NASZ-


MENARIK:


GET FUEL EFFICIENT WITH THE NEW PROTON SAGA FLX!


Sila Tekan Like Jika Suka

SEGMEN ABANG BEN : "BEN ASHAARI AJAK JOIN BLOGLIST BLOGGER BARU"

Nak join? Klik SINI

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Join lagi segmen Abang Ben lagi kali ini. Ni segmen ajak bertukar url dan letakkan kat bloglist kepada sesiapa yang berminat. Untuk lebih detail, korang boleh klik kat SINI.

Sesiapa yang berminat nak tukar link dengan saya, sila inform saya di ruangan komen k?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"SEDAR LA DIRI SIKIT"

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tajuk kat atas tu bukan orang cakap kat saya tapi saya cakap kat diri saya sendiri. Mungkin saya sekarang dah lupa diri sendiri. Mungkin saya ingat saya ni bagus sangat tapi saya tak la bagus mana. Saya ingat saya ni pandai sangat tapi tak la pandai mana. Saya ingat orang betul-betul suka kat saya tapi sebenarnya tak suka pun. Just nak jaga hati saya kot?

Saja buat entry ni untuk ni untuk ingatkan saya siapa sebenarnya diri saya. Saya ni bukan siapa-siapa pun. Orang lain tak pandang pun saya ni. Dalam dunia ciptaan Allah ni, saya ni cuma salah satu makhluk Allah yang kecil sangat-sangat-sangat. So, jangan duk fikir saya ni bagus sangat. Ilmu pun setakat sejemput kuman, tak payah la nak berangan sangat.

Sedarlah diri sikit. Saya ni bukan ada apa-apa pun. Pandang ke bawah. Jangan asyik mendongak ke langit je. Lebih baik merendah diri daripada meninggi diri. Tak guna otak ada tapi letak kat lutut. Saya, ingat tempat asal.

Tapi, saya syukur sangat-sangat sebab masih diberikan nyawa. Masih dibenarkan untuk melihat. Masih dibenarkan untuk mendengar dan sebagainya oleh Allah. So, saya bersyukur sangat-sangat.

Jom sama-sama kita muhasabah diri dan bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Semoga kita semua dirahmati oleh Allah.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

FUH... NASIB BAIK...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Nasib baik tadi saya sempat break. Kalau tak, sama ada tidur hospital atau Arwah. Sebenarnya tadi saya mengelamun masa drive nak ke Bank tadi. So, kereta break tapi saya tak perasan dan belakang saya ada lori bawa kelapa sawit.

Alhamdulillah sebab sempat break dan lori belakang sempat break. Kalau tak, saya sempat break pun tak guna sebab lori belakang saya hentam belakang dan habis la Kenari saya. Hahaha...

Nasihat kepada pemandu yang memandu apa jua jenis kenderaan, sila fokus semasa memandu. Jangan jadi macam saya, mengelamun entah ke mana. Hahaha...

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, July 25, 2011

KALAU KORANG SAYANGKAN DIA, KORANG MESTI ...

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya minta maaf sebab entry hari ini banyak berkisar tentang perasaan. Hahaha... Cuma ini antara cara saya nak pujuk hati saya. Saya yakin semua orang pernah ada orang tersayang tak kiralah ibu bapa, adik beradik, kekasih, suami isteri dan macam-macam lagi. Kan? Kalau ada yang tak pernah sayang sesape dalam dunia ni, mungkin dia terlupa or buat-buat lupa kot?

Bila kita sayangkan seseorang, kita mesti nak tengok dia bahagia walaupun dia bukan dengan kita kan? Kadang-kadang kita sanggup lepaskan dia untuk orang yang lebih baik dari diri kita. Kita mesti nak dia sentiasa gembira. Kan? Hahaha... Tapi, kita macam mana plak? Makan hati berulamkan jantung pisang yang dah hampir expired? Jawapannya simple je. Itu pilihan kita. Kita yang sanggup lepaskan dia untuk yang lebih baik. So, itulah yang kita dapat. Cuma perlukan masa untuk ok balik la. Kan?

Kalau korang sayangkan dia, korang mesti buat apa? Kalau dia tak dapat bersama korang.

Cuba korang kongsi sama-sama.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

SEGMEN ABANG BEN : "BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU?"

Nak join, klik SINI

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Kali ini nak join segmen Abang Ben lagi. Segmen ni berkehendakkan orang yang join segmen ni mengkritik blog orang yang join segmen ni gak. Cari kekurangan blog saya ni nak kritik. Kritik kenalah secara berhemah. Kan? Kan?

Apa yang korang tunggu lagi? Jom join ramai-ramai.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

APA KORANG RASA BILA KORANG HANCURKAN HATI SI DIA?

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Terfikir gak apa yang korang rasa bila korang hancurkan hati kekasih atau orang yang suka kat korang ye? Kalau korang dah pernah rasa, kenapa korang masih lagi hancurkan hati orang selepas macam-macam dia buat untuk korang? Hahaha... Pelik kan entry kali ini.

Bila hati kita dihancurkan, kita pasti akan sedih. Kalau tak sedih tu, memang hati kering atau takde hati kot? Tapi kalau takde hati, boleh letak hati ayam ke, kambing ke, lembu ke... Kan? Kan? Ada gak sesetengah orang tu bila hati dia dihancurkan, dia akan menangis tak henti-henti. Ada gak yang pandai pujuk hati sendiri. Ada yang jenis suka busykan diri untuk lupakan rasa hati yang sedih dihancurkan. Setiap orang ada macam-macam teknik yang digunakan.

Yang menghairankan, kita pernah dihancurkan hati, kenapa kita menghancurkan hati orang lain yang begitu sayang pada kita ye? Apa sebenarnya kita rasa? Puas hati dapat balas dendam? Seronok sebab sebelum ini kita dah kena?

Ini cuma luahan pendapat dari hati saya. Hahahaha... Korang ada pendapat lain dari hati korang tak?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

TAJUK GEMPAK, ENTRY TAKDE KAITAN DENGAN TAJUK...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya tahu mungkin dah ramai yang tulis tentang tajuk begini. Mungkin gak tajuk macam ni dah basi. Tapi saya tetap nak tulis gak mengikut pendapat saya.

Tajuk gempak tapi entry takde kaitan dengan tajuk. Ini macam strategi untuk tarik pembaca ke blog kita. Saya rasa saya pun pernah buat macam ni kot? Hahaha...

Tapi bila difikirkan, tajuk memang penting tapi inti pati pun sama penting. Takkan la tajuk tentang Ikan Arowana tapi isi tentang Ayam Selama. Kan tak berkaitan tu? Haha...

Apa yang penting sekarang adalah kehendak pembaca. Blog saya ni kebanyakkan entry saya berbentuk pendapat saya. Tapi saya sedar susah nak penuhkan kehendak semua orang. So, siapa nak baca entry saya, silakan. Siapa tak nak baca, bleh pergi baca banyak blog lain.

Kalau korang ada pendapat lain, kongsilah. Hehe...

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, July 24, 2011

KEPELBAGAIAN BUDAYA NEGARA KITA...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Lambat updated blog hari ni. Sekarang saya di Dewan Sanmarka Orang India, Hutan Melintang, Perak. Kena buka booth sempena Perayaan Masyarakat India. Tengah panas sekarang.

Di Malaysia ni kita ada bermacam-macam budaya yang unik. Saya baru lepas tengok satu acara pecahkan belanga kecil. Memang menarik dan saya tengok live.

Setiap kaum punya budaya yang berbeza tapi bila kita saling menghormati dapat memblehkan kita hidup dalam perpaduan. Budaya yang berbeza inilah membuat Negara Malaysia ini unik.

Sesape nak kongsi pengalaman menyertai atau tengok perayaan kaum lain. Ce kongsi.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, July 23, 2011

ALAMAK... OBES SIKIT SUDAH...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari ini ada lagi event kena attend. Hari kena attend Perasmian Sepakat Komuniti 1 Malaysia Peringkat Daerah Hilir Perak yang dirasmikan oleh Y.B. Dato' Dr. Ahmaf Zahid Bin Hamidi.

Tadi ada booth Klinik Kesihatan untuk check Tekanan darah dengan BMI. Tekanan darah saya ok cuma BMI saya obes skit. Argh... Tidak!!

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, July 22, 2011

TERLEBIH LAUK DARI NASI..

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Inilah santapan saya malam ni. Hehe... Memang lauk je. Nasi sejemput. Ayam masak merah 3 ketul, daging kambing, isi ikan dan sotong. Takde sayur langsung. Hehe... Tak suka makan sayur.

Alhamdulillah. Syukur dapat merasa makanan hotel. Tapi rasanya sama je. Mungkn yang jual kat pasar malam lagi sedap kot? Hehe.. Jangan marah Owner Hotel ye?

Saya ada satu soalan untuk korang, sape tak suka makan sayur macam saya? Dia geng dengan saya. Hehe...

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

SEGAK BERBAJU BATIK....

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Segak tak saya? Hehe... Malam ni saya ada Majlis Makan Malam Sempena Meraikan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara yang baru di Dewan Bankuet, SSL Traders Hotel, Kamunting, Perak.

Sebenarnya saya terlambat. Tadi kelam kabut drive kereta Kenari kesayangan saya dan terlambat skit. Nasib baik Ketua Pengarah tak sampai lagi. Hahaha...

Dapat makan sedap-sedap malam ni. Hehe... Korang jangan jeles. Hehehe...

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

"BERKAWAN BIAR SEBANYAK MUNGKIN, BERMUSUH BIAR ZERO"

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

MUSIC UNLIMITED.

Semua orang suka berkawan kan? Kenapa kita berkawan? Kita berkawan sebab kita ikhlas untuk berkawan atau cuma nak harap dia klik Nuffnang kita je ke? Soalan ni cuma soalan rhetorical je. Korang nak jawab, jawab dalam hati je la ek?
Biar kita berkawan dengan semua orang. Tak kira la orang tu menyakitkan hati atau baik hati. Yang menyakitkan hati tu, kita kawan gak tapi tak la sampai dia nak pijak-pijak kepala kita. Yang baik hati plak kita kawan gak tapi jangan kita plak yang pijak-pijak kepala dia. Betul tak?

SEIZE THIS CHANCE TO MAKE YOUR PITCH WITH MYEG!

Nak berkawan memang senang tapi nak maintainkan per"kawan"an tu agak susah. Ada banyak sebab dan saya rasa korang boleh fikir sendiri sebabnya. Kan? Nak berkawan dengan siapa pun boleh tapi ada juga golongan yang tak boleh kita berkawan. Golongan ini golongan yang boleh merosakkan diri kita dan akidah kita. Buat apa kita nak berkawan dengan orang yang suka merosakkan orang lain kan? Seorang kawan akan jaga kawannya yang lain. Bukan merosakkan dia dengan macam-macam benda tak elok antaranya dadah.

WIN PRIZES BY HOPPING ONTO BUSES! RIDE, TOUCH AND WIN!

Musuh. Musuh senang sangat nak cari. Korang pergi pada orang tu dan terus cari gaduh dengan dia. So, korang pun dah dapat musuh kan? Nasihat saya, tak perlu cari musuh kalau nak hidup aman damai.

FREEDOM TO LOOK HOT!

Ini cuma pendapat saya. Ada yang tak setuju?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"WE ARE NOT PERFECT"

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tajuk English, tapi entry bahasa Melayu. Yang penting, rakan-rakan blogger yang sudi baca faham apa yang nak saya sampaikan. Kan? Kita tak sempurna atau dalam English, We are not perfect. Kena faham k? Perfect dengan prefect lain k? Perfect maksud sempurna dan Prefect tu maksudnya Pengawas. Dah jadi kelas bahasa plak ni. Hahaha...

Ok2. Tiada seorang pun manusia dalam dunia sekarang ini sempurna. Kita sentiasa buat salah dan terlepas pandang. Tapi, ketidaksempurnaan tu lah yang menjadikan kita ni menarik. Kita pasti cuba untuk buat terbaik walaupun kita sedar yang kita tak sempurna.

Tapi yang tak boleh tahan, yang fikir diri dia sempurna. Orang macam ni boleh dikategorikan orang yang sentiasa fikir dirinya hebat dan lebih baik daripada orang lain. Masa tu, sifat takbur dan riak mesti akan wujud. Saya sendiri pernah rasa macam ni. Nasib baik saya tersedar.

Memang kita tahu kita tak sempurna. Jadi, kita boleh berusaha untuk menjadi seorang yang lebih baik daripada hari sebelumnya.  Kita kena terima ketidaksempurnaan diri kita dan orang lain. Barulah kita boleh hidup dengan harmoni. Kan?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

#1 ENTRY PILIHAN SAYA HARI INI ... (22.07.2011)

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya nak kongsi entry ni sebab saya rasa entry ni patut dikongsi dengan semua rakan-rakan blogger semua.


Semoga kita mendapat manfaat daripada entry pilihan ini.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

MENUNDING JARI ...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tajuk entry saya kali ini ialah menunding jari. Bukan secara abstraknya kita menunding jari. Maksudnya bukan kita ambil jari kita dan tundingkan pada sesuatu atau seseorang. Ia lebih kepada kita suka menyalahkan orang lain terhadap sesuatu perkara tanpa mendapat maklumat daripada kedua-dua belah atau lebih belah pihak. Kita membuat keputusan berdasarkan apa yang kita tengok dan faham. Kadang-kadang apa yang kita tengok tu tak semestinya betul seperti fahaman kita. Kita kena tengok gambaran keseluruhannya.

Contohnya, kita ternampak seorang lelaki memegang sepucuk pistol di tangan dan di sebelahnya ada seorang lelaki yang terlantar berdarah di perut. Pandangan pertama kita adalah lelaki yang pegang pistol tu yang menembak mati lelaki yang seorang lagi. Kita cuma buat andaian dan terus menjadikan andaian itu perkara sebenar. Kita cuma nampak gambaran sebahagian atau akhir kejadian tu, bukan keseluruhan kejadian tersebut. Bila pihak forensik dan polis buat siasatan, bukan lelaki yang pegang pistol tu tembak. Sebenarnya lelaki tu adalah polis perisik dan cuba selamatkan lelaki yang ditembak. Korang bleh nampak perbezaannya kan?

Sifat menunding jari ni memang wujud dalam hampir semua orang. Kita lebih nampak kesalahan orang daripada diri sendiri. Kita selalu ambil keputusan melalui andaian. Kita terburu-buru untuk tunding jari pada si polan itu dan si polan ini tapi kita pun tak tahu perkara sebenar. Secara tak langsung kita dah memburukkan orang tersebut. Bila siasatan selesai, rupanya orang tu tak bersalah. Kita yang malu tapi orang yang kita canangkan satu kampung tentang kesalahan yang dia tak pernah buat tu macam mana? Mulut orang bukan senang ditutup.

Betul tak? Ini cuma pendapat saya. Ada pendapat lain?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, July 21, 2011

MASA MULA BERCINTA MEMANG SEMUA INDAH ...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Terima kasih sebab masih sudi membaca tulisan picisan saya yang tak best ni. Cuma saya suka menulis entry yang mengikut pendapat dan kepala saya sendiri. Saya sangat bersyukur sebab ada gak blogger yang sudi membaca.

Korang mesti setuju kan? Masa mula bercinta memang semuanya indah-indah belaka. Yang busuk jadi wangi. Yang hodoh jadi hensem atau cantik. Kan? Hahaha... Saya rasa hampir semua pernah rasa macam ni termasuk diri saya. Masa tu kita rasa dialah untuk kita.

Masa mula bercinta kita akan jaga dia macam menatang minyak yang penuh. Kita sentiasa risaukan dia. Kita akan sentiasa ingatkan dia. Risau dia kena gigit nyamuk la. Kena gigit lipas la. Hahaha... Memang indah kan?

Tapi semakin lama, korang yakin ke perasaan tu akan kekal? Tak dinafikan ada gak yang kekal. Korang nak tau macam mana dorang bleh kekal? G tanya dorang. Hehehe... Semakin lama, perasaan tu akan pudar. So, korang akan rasa nak jauhkan diri dengan dia je. Dia pun sama. Dan lastly, bye-bye.

Pada pendapat saya, cara nak kekal adalah SETIA pada seorang tanpa menduakan dirinya dengan orang lain. Lagi satu, sentiasa bangga dengan orang yang kita sayang dan setiap hari katakan pada diri sendiri, " Saya dah ada orang sayang saya, saya pun sayang dia".

Bila salah seorang berpaling daripada KESETIAANnya, putuslah kasih satu pasangan. Hilanglah rasa percaya pada kaum sejenisnya. Hilanglah rasa cinta dan digantikan dengan perasaan benci dan dendam.

So, kepada rakan-rakan yang sedang bercinta or couple, SETIAlah pada couple korang dan jangan duakan dorang.

Macam biasa, ini cuma pendapat saya. Kalau ada tak setuju, saya alukan berkongsi pendapat di ruang komen.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"CIKGU MENGAJAR DI SEKOLAH MANA?"

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

"Cikgu mengajar di sekolah mana?". Pertanyaan ni selalu saya dapat bila pergi makan atau kedai runcit dekat pekan Bagan Datoh. Saya hairan gak kenapa orang kampung fikir saya cikgu sekolah. Walaupun banyak kali saya explain yang saya bukan cikgu sekolah. Saya cuma seorang penjawat awam biasa saja.

Mungkin sebab cara pemakaian saya. Tapi saya rasa biasa je sebab takkan sebagai penjawat awam saya nak pakai seluar jeans or seluar pendek pergi keje kan? Saya biasanya pakai baju kemeja lengan panjang, seluar hitam dan kasut hitam. Itu je.

Mungkin sebab rupa saya dan saya pakai spek mata.  Rupa saya ni ada rupa "kecikguan" kot? Hahaha... Tapi walaupun ada rupa "kecikguan", saya rasanya tak mampu nak mengajar orang lain sebab diri saya pun tak betul. Hahaha...

So, apa yang saya buat? Saya layan je la.  Bila orang panggil saya cikgu, saya senyum je. Bila orang panggil saya cikgu, saya iakan je. Memang cita-cita saya nak jadi cikgu masa sekolah rendah dulu, tak dapat jadi cikgu betul-betul, orang panggil saya cikgu pun kira ok la. Kan? Hahaha...

Korang pernah kena macam saya tak?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, July 20, 2011

FIRDAUS LIFE : BERKAWAN DALAM KUMPULAN

Nak join? Klik SINI

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tengah blogwalking tadi ternampak satu segmen yang agak menarik hati sanubari saya yang kiut ni. So, saya pun menerjahkan diri ke blog tuan punya yang menghostkan segmen yang menarik tu. Berkawan dalam kumpulan? Rasa macam faham tapi rasa join dulu sambil cuba faham-fahamkan sedalamnya kefahaman ini.

Menurut tuan punya yang menghostkan segmen ni, kumpulan akan dibuat bergantung kepada penyertaan. So, jom join ramai-ramai memeriahkan segmen ni.

Tak dilupakan juga tagline untuk segmen ni ... "Mari Kita Sama-sama Berkawan".

Segmen ni tutup 12 Tengah Malam ni.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"ABANG NASZ MEMANG BLOGGER YANG BEST"

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tajuk entry memang tak boleh blah kan? Mesti ramai kat luar sana tengah muntah hijau baca tajuk entry ni. Haha... Lawak je. Sebenarnya saya jumpa tajuk entry masa tengah blogwalking dekat blog blogger yang join segmen Abang Ben tentang 3 Idola.

Terima kasih banyak-banyak kepada yang suka blog saya yang tak tahu apa yang bestnya ni. Tapi saya betul-betul hargai. Kepada Zul Fattah kerana memandang tinggi saya padahal saya memang tak selayak seperti Abang Ben. Saya cuma blogger baru yang masih bertatih dalam dunia blog ini.

Entry ni saya buat bukan untuk bangga diri k? Dan juga bukan nak bajet bagus. Saja nak luahkan rasa seronok saya bila ada blogger yang sudi memuji saya walaupun saya tak nak terima tapi dalam hati saya ni berbunga-bunga. Biasalah, muka kiut, hati pun kiut la kan? Hahaha...

Anyway, thanks untuk semua rakan-rakan blogger yang menyokong saya. Saya akan cuba beri output yang lebih baik pada masa akan datang.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

TEMPAT LEPAK...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi disebabkan terlalu kempunan nak makan GCB, saya pun selepas tamat Program Khidmat Negara di Kem Intan Suraya, Sungai Siput, Perak terus memandu Ke Teluk Intan, Perak. Singgah jap kat McD Teluk Intan untuk menikmati GCB.

Sedang saya sedap menikmati GCB, saya ternampak bebudak sekolah berpakaian sekolah sedang melepak kat situ gak. Dorang sekolah di sebelah pagi la tu. Teringat saya pada zaman saya sekolah dulu. Tempat lepak saya bukan macam budak-budak sekarang.

Tempat saya lepak dulu di belakang rumah cina yang pokok ceri. Saya dan kawan saya nama Lan selalu panjat pokok ceri tu untuk buahnya. Kadang-kadang kami badminton kat situ. Saya dan Lan pernah kutip pokok pucuk paku untuk dijual di pasar. Hehehe... Memang best sangat masa tu.

Budak-budak sekarang nak lepak pun kat McDonald, KFC, Cyber Cafe, Karaoke dan tempat-tempat yang tak macam masa saya kecil-kecil dulu. Saya rasa blogger yang umur lebih kurang saya mesti faham.

Korang selalu lepak mana? Ce cite.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

"DURI DALAM DAGING"

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

"Duri dalam daging". Korang rasa apa maksudnya?

Ini cuma pendapat saya melalui pemahaman saya. "Duri Dalam Daging" tu seperti seseorang yang merupakan seorang yang suka merosak dan menikam dari dalam. Macam lebih kepada orang kita percaya mengkhianati kepercayaan kita.

Orang macam paling bahaya. Sebabnya? Saya bagi satu situasi. Orang yang bersifat Duri Dalam Daging ni kerja bahagian perisikan negara kita, kemudian dia berpaling tadah sebab dapat imbuhan yang banyak. Dia bocorkan maklumat keselamatan negara kita boleh sebabkan ancaman luaran.

Satu lagi situasi ialah bila rakyat kita sendiri menghasut untuk mengganggu ketenteraman negara kita. Pelakuan menghasut ini boleh membawa kepada kemusnahan dari dalam negara sendiri. Ini lebih kepada ancaman dalaman.

Ini cuma pendapat saya saja. Kalau ada yang tak setuju, boleh dengan saya.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.3

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, July 19, 2011

"KENAPA BLOG OTAI BEST?"

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Mula-mula saya start berblogging dulu, saya tertanya-tanya gak la. Kenapa blog otai best? Kenapa saya dan blogger lain suka baca blog otai macam Ben Ashaari dan Yuyue Zulaikha? Mula-mula tu saya tak amik port sangat sebab saya fikir blog saya dah cukup bagus. Padahal sebelum Abang Ben buat segmen kritik blog tu, blog saya ni berselerak widgetnya. Hahaha... Perasan bagus saya ni kan?

Saya selalu tertanya-tanya.  Apa yang membuatkan blogger lain suka baca entry yang blogger Otai tulis? So, saya pun start baca entry dorang. My faveret semestinya Santai Bersama Ben Ashaari dan baru-baru ni saya mula baca blog Yuyue Zulaikha gak. Saya baca dan cuba adaptkan di blog saya. Tapi dengan gaya saya sendiri.

Saya cuba fikir dalam konteks kalau saya sendiri sebagai pembaca blog saya. Saya mesti nak yang santai dan tak membebankan otak. Walaupun ayat saya agak skema tapi bagi saya inilah identiti saya. Lepas itu, kalau saya nak buka blog seseorang, saya mesti tengok berapa lama masa diambil untuk blog tu siap loading. Kalau lama sangat, saya skip je. So, saya ambil keputusan nak ringankan dan cepatkan masa loading blog saya. So, senang pembaca blog saya nak terjah dan dorang tak la skip blog saya.

Saya jadikan blog-blog otai sebagai rujukan saya. Sampai sekarang saya masih merujuk kepada blog mereka. Oleh itu, kepada rakan-rakan blogger yang baru, pada pendapat saya, langkah pertama untuk buat blog, letakkan diri korang dalam kasut blogger yang akan baca blog korang. Apa yang korang rasa dorang nak?

Tips dari pengalaman saya. Kalau ada tak setuju, saya sudi terima teguran. Sila tinggalkan di ruang komen ye?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

"TOLONG...ANJING KEJAR SAYA"

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Teringat suatu ketika dulu, masa sekolah rendah. Saya pergi dan balik sekolah naik basikal. Hari tu saya ada kelas tambahan di sekolah tambahan. So, macam biasa la. Saya pergi sekolah dengan basikal saya.

Perjalanan naik basikal dari rumah saya sampai ke sekolah rendah saya ambil masa dalam 15 minit. So, dengan semangat besi saya pun naik basikal pergi ke sekolah.

Dalam perjalanan menaiki basikal yang best pada masa tu, saya terperasan ada sekumpulan anjing sedang memerhati saya dengan penuh tekun. Saya pun ter'alert' dan mula mengayuh dengan laju. Anjing-anjing terperasan saya cuba melarikan diri dan terus mengejar saya.

Tiba-tiba, tak tahu sebab apa, saya terjatuh basikal. Anjing makin dekat an terus menjerit ketakutan. Rasa malu gak masa tu sebab menangis kuat masa tu. Hahaha... Malunya.

Anjing tu lagi kuat menyalak depan mata saya. Nasib baik ada orang tolong halaukan. Lawak kan?

Bila teringat kisah tu, saya mesti tergelak sendiri. Rasa malu dan lawak plak. Haha...

Korang ada pengalaman macam saya tak?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.3

Sila Tekan Like Jika Suka

SEGMEN SUHAZLI : SAYA DARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) SERI ISKANDAR, PERAK

Nak join? Klik SINI

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Nak join segmen lagi. Kali ini nak join segmen dari Suhazli. Ni first time join segmen dia. Hehehe...

Kena jawab 3 soalan simple plak. Orait. No Problem.

1. Nama Panggilan?
    Dalam Blog ni saya panggil saya Nasz. Kat luar, panggil Naser je la.

2. Universiti mana belajar or habis belajar?
    Sudah semesti Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak. UiTM di Hatiku. Hehehe..

3. Course?
    Diploma dalam Pengurusan Dan Teknologi Pejabat (atau dalam BI - Office Management And Technology).

Itu je kot? Hehehe..

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

SEGMEN LUNA LANUN : SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER

Nak join? Klik SINI

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dah lama rasanya saya tak join apa-apa segmen. So, hari ni teringin lak nak join satu segmen yang dihostkan oleh Luna Lanun di samping boleh jugak menambah follower. Hehe..

Korang nak tambah follower dan berkenalan dengan blogger-blogger baru tak? Kalau nak, jom join.

Tarikh tutup : 25 JULY 2011

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

KITA NAMPAK SALAH ORANG LAIN, SALAH KITA?

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Bila melibatkan salah orang lain, kita sentiasa nampak. Tapi kalau kita buat salah, kita jarang sangat nampak salah kita sendiri.

Bila orang lain buat salah, kita gelak kan? Kita kata melucukan. Tapi, cuba bayangkan kalau kita buat salah dan orang gelakkan kita, korang rasa korang akan rasa apa? Malu?

Saya mengaku diri saya pun selalu nampak salah orang lain dan gelakkan dorang. Lepas saya attend Program Bina Negara, saya sedar diri saya pun ada yang salah. Sebab sebagai manusia, saya tak lepas daripada berbuat kesalahan.

Korang ada pendapat lain?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.3

Sila Tekan Like Jika Suka

KENANGAN YANG TAK DAPAT SAYA LUPAKAN...


Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tarikh semasa saya menulis entry ni adalah pada 17.07.2011. Saya masih berada di Kem Intan Suraya, Sungai Siput, Perak. Sehari ini aktiviti saya adalah melibatkan aktiviti survivor je. Saya dan kumpulan saya dikehendaki menaiki rakit dan mendayung menongkah arus. Penat dan susah nak mendayung rakit menongkah arus. Yang membuatkan ia sangat susah adalah disebabkan empangan sedang dibuka dan memang berarus deras. Tapi akhirnya kami berjaya menongkah arus dan berakit mengikut arus ke check point. Disebabkan rasa kepenatan yang amat sangat, kami parking rakit kami di tebing Sungai Perak dan mandi manda dulu. Hahaha. Pastu kami terus ke checkpoint dan kena masak makanan tengah hari kami sendiri.

Dah la tengah penat dan berendam dalam air berjam-jam, kena masak plak. Tapi nak buat camne, masak je la. Lepas itu, kami meneruskan berakit sehingga checkpoint terakhir dan kemas rakit yang kami telah buat sendiri pagi tadi. Maknanya kami kita ceraikan komponen seperti tayar, batang PVC dan papan dengan memotong yang mengikat komponen tu. Kami terus balik ke kem dengan bas yang dorang sediakan. Nasib baik ada bas, kalau tak, mau tercabut lutut berjalan ke kem yang jauh. Hahaha...

Aktiviti ni bermula dalam pukul 10 lebih pagi hingga hampir pukul 6 petang. Korang bayangkan berapa lama saya kena duduk di bawah panahan matahari dan berendam dalam ait sungai? Habis tangan dan dahi saya pedih sebab sun burn. Kaki saya plak sakit sebab berendam dalam air lama sangat. Tapi takpe, bila saya tengok Sungai Perak, saya akan cakap dalam hati:

"Saya dah merasa berakit di Sungai Perak ni"

Ia dah jadikan kenangan yang paling berharga dan tak dapat saya lupakan.

Korang ada kenangan yang tak dilupakan tak? Ce kongsi...

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.3

Sila Tekan Like Jika Suka

#1 ENTRY PILIHAN SAYA HARI INI ... (19.07.2011)

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

#1 Entry Pilihan Saya Hari Ini ...


Entry yang saya rasa patut dikongsikan dengan rakan-rakan blogger yang lain.

Setuju tak?

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

PENGALAMAN BARU...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya masih lagi ada Kem Intan Suraya, Sungai Siput, Perak. Ini curi sedikit nak tulis entry tapi disebabkan line maxis 3G takde langsung kat sini. So, korang akan baca entry ni lambat skit. So sorry sebab bukan tak nak update blog tapi memang tak dapat.

Hari ini (16.07.2011) adalah hari kedua saya kat sini. Tak boleh nak updated blog memang sangat saya terasa. Masa saya nak datang kat kem ni, saya harap sangat ada gak line 3G tapi memang malang. Hahaha...

Esok satu hari kalau ikut jadual ada aktiviti berakit. So, tak tau la saya boleh buat ke tak. Tak berakit di Sungai Perak. Tidur pun dalam khemah. Tak sabar nak balik rumah. Hahaha... Baru terasa penghargaan tilam di rumah. Walaupun agak lama tilam tu tapi lembut daripada tidur dalam khemah ni.

Aktiviti macam ni memang dah lama saya tak buat. Korang ada pengalaman aktiviti berkhemah dan berakit ni? Ce kongsi.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.3

Sila Tekan Like Jika Suka